Bagaimana cara nak masak Tauhu Berlada?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Berlada

Bagaimana cara nak masak Tauhu Berlada?

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping tauhu 
  • 1 tangkai daun kari 
  • 7 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 5 biji bawang merah
  • ( Cili merah, cili api, bawang putih dikisar bersama bawang merah)
  • 5 biji limau kesturi  (Diambil jusnya) 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 1 labu bawang holland  (Dipotong gelang) 
  • 1 sudu teh gula 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Kemudian ketepikan. 
    2. Asingkan separuh minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik bau. 
    3. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan jus limau kesturi, sos tomato, gula, garam, dan bawang holland. Masakkan sehingga bawang layu. 
    5. Masukkan tauhu dan kacau rata. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN