Bagaimana cara nak masak Siput Sedut Masam Manis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siput Sedut Masam Manis

Bagaimana cara nak masak Siput Sedut Masam Manis?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g siput sedut 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Diketuk) 
  • ½ cawan air 
  • 6 sudu makan sos tomato 
  • 6 sudu makan sos cili 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • ½ sudu teh gula 
  • 1 pokok daun bawang  (Dipotong pendek) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong belakang siput dan bersihkan. Kemudian tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan cili merah, bawang merah, dan bawang putih sehingga layu. 
    3. Masukkan air, sos tomato, sos cili, gula dan garam. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan siput sedut dan kacau rata. Masakkan selama 15 minit.
    5. Masukkan bawang besar dan kacau lagi. 
    6. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN