Bagaimana cara nak masak Ikan Pesmol?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Pesmol

Bagaimana cara nak masak Ikan Pesmol?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan selar besar (Dibasuh dan dikelar) 
  • 3 biji cili merah 
  • 10 biji cili api 
  • 4 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 5 biji buah keras
  • 1 batang serai 
  • ½ inci lengkuas 
  • ½ inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia 
  • 1 cawan santan
  • ( Bawang merah, bawang putih, buah keras, serai, lengkuas, kunyit hidup, halia dikisar bersama santan)
  • 5 biji cili api 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 2 helai daun salam (bay leaf) 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. 
    2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan sehingga garing. Letakkan ikan ke atas pinggan hidang. 
    3. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    4. Masukkan santan, cili api, daun limau purut, dan daun salam. Kacau rata.  Masakkan sehingga pecah minyak. 
    5. Masukkan jus limau nipis dan garam. Kacau rata. 
    6. Tuang ke atas ikan goreng dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN