Bagaimana cara nak masak Paprik Daging?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paprik Daging

Bagaimana cara nak masak Paprik Daging?

BAHAN-BAHAN

  • 400 g daging 
  • 3 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • ½ batang lobak merah  (Dipotong kecil) 
  • 1 sudu makan pes tomyam 
  • 1 sudu makan kicap pekat 
  • 5 sudu makan sos cili 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 3 batang kacang panjang  (Dipotong pendek) 
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Diketuk) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • ½ cawan air
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong daging kecil dan nipis. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi. 
    3. Masukkan daging kemudian kacau rata. 
    4. Masukkan lobak merah, pes tomyam, kicap pekat, sos cili, dan sos tiram. Biarkan mendidih. 
    5. Masukkan kacang panjang, cili merah, bawang besar, cili api, dan air. Kacau rata. 
    6. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut dan kacau. Kemudian tutup api. 
    7. Hidangkan bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN