Bagaimana cara nak masak Ketam Masam Manis?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ketam Masam Manis
Bagaimana cara nak masak Ketam Masam Manis?
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ketam
- 3 biji bawang merah (Dihiris)
- 2 ulas bawang putih (Dihiris)
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- ½ cawan air
- 6 sudu makan sos cili
- 6 sudu makan sos tomato
- 1 sudu teh gula
- 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Basuh ketam kemudian belah 2. Tuskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga
wangi. - Masukkan air, sos cili, sos tomato, dan ketam. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan sedikit gula.
- Apabila sudah nampak pekat, masukkan daun bawang dan
angkat. - Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.