Bagaimana cara nak masak Dalca Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca Kambing

Bagaimana cara nak masak Dalca Kambing?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 600 g daging kambing 
  • 3 sudu makan serbuk kari 
  • 4 cawan santan 
  • ½ cawan kacang dal  (Direbus lembut) 
  • 3 biji kentang  
  • 5 kacang panjang  
  • 1 biji lobak merah  
  • 4 biji cili hijau 
  • 2 biji mangga muda 
  • 2 biji tomato    
  • 1 labu bawang besar  
  • 2 biji terung bulat    
  • (Kentang, kacang panjang, lobak merah, cili hijau, mangga muda, tomato, bawang besar dan terung bulat dipotong kecil)
  • 1 sudu makan minyak sapi 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang  
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga    
  • 3 tangkai daun kari  
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Perapkan daging dengan serbuk kari selama 1 jam. 
    3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    4. Masukkan daging yang diperap dan kacau rata. 
    5. Masukkan air dan masakkan sehingga daging lembut. 
    6. Apabila daging lembut, masukkan santan, kacang dal, garam dan semua sayur. Masakkan sehingga semua sayur lembut. 
    7. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN