Bagaimana cara nak masak Rendang Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Kambing

Bagaimana cara nak masak Rendang Kambing?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging kambing 
  • 2 sudu makan ketumbar 
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis 
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih 
  • 1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk) 
  • 25 tangkai cili kering 
  • 20 biji bawang merah 
  • 3 inci halia 
  • 5 batang serai 
  • 2 inci lengkuas
  • (Cili kering, bawang merah, halia, serai dikisar bersama lengkuas)
  • ½ cawan kerisik 
  • 3 cawan santan 
  • 5 keping asam gelugur 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 3 sudu makan gula merah 
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Perapkan daging dengan ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan lada hitam. 
    3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging lembut. 
    5. Masukkan kerisik, santan, asam gelugur, daun limau purut, gula merah, dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga pekat. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN