Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Kambing

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Kambing?

BAHAN-BAHAN

  •  ½ kg daging kambing 
  • 20 tangkai cili kering  
  • 6 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih  
  • 1½ inci halia    
  • 1 inci lengkuas  
  • 2 biji buah keras    
  • 3 biji tomato    
  • 1 inci belacan (Sekiranya suka)  
  • 3 batang serai
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, tomato, belacan dikisar bersama serai)
  • 1 cawan jus asam jawa 
  • 2 biji terung bulat (Dibelah 4) 
  • 1 pokok daun ketumbar  (Dipotong pendek) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar kasar) 
  • Air secukupnya 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga garing. 
    3. Masukkan daging. Biarkan sehingga daging lembut dan pecah minyak. 
    4. Masukkan jus asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air. 
    5. Masukkan garam dan didihkan sehingga daging empuk.
    6. Kemudian masukkan terung bulat, daun ketumbar, daun limau purut, dan lada hitam. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
    7. Angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN