Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Tomato?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Masak Tomato

Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Tomato?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing  
  • 1 inci halia (Dihiris) 
  • 2 labu bawang besar  (Dipotong dadu) 
  • ½ cawan sos tomato 
  • 300 g tomato (Dipotong dadu) 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 pokok daun bawang    
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • 2 biji cili hijau                  
  • 2 biji cili merah                    
  • 1 cawan air 
  • (Daun bawang, daun ketumbar, cili hijau, cili merah dikisar kasar bersama air)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan halia dan bawang besar sehingga wangi. 
    3. Masukkan daging kambing, sos tomato, tomato, air, dan garam. 
    4. Masakan sehingga mendidih dan daging lembut serta air hampir kering. 
    5. Masukkan bahan yang dihiris kasar kemudian kacau rata. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN