Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Ketumbar?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Masak Ketumbar

Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Ketumbar?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
    (Semua bawang merah, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu besar) 
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong pendek) 
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Gaulkan daging kambing dengan serbuk ketumbar. Biarkan seketika. 
    3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan kulit kayu manis sehingga wangi. 
    4. Masukkan daging yang diperap tadi. Kemudian kacau rata. Masakkan 
      sehingga daging lembut. 
    5. Masukkan kentang, tomato, daun ketumbar, dan air. Kacau rata dan 
      masakkan sehingga kentang lembut dan kuah pekat. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN