Bagaimana cara nak masak Kerabu Mihun?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Mihun

Bagaimana cara nak masak Kerabu Mihun?

BAHAN-BAHAN

  • 400 g bihun  (Direndam selama 30 minit) 
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 2 kuntum bunga kantan 
  • 2 biji cili merah (Dikisar)
  • 5 biji cili api (Dikisar)  
  • 2 sudu makan pes tomyam 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)      
  • 3 batang serai (Dihiris)        
  • 5 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • 1 batang timun (Disagat kasar) 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan air kemudian celurkan bihun sehingga lembut. Tuskan. 
    2. Goreng udang kering tanpa minyak kemudian tumbuk halus. 
    3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus. 
    4. Masukkan bunga kantan, bahan yang dikisar, pes tomyam, jus limau kesturi, sos ikan, bahan yang dihiris, timun, garam, dan udang kering ke dalam mangkuk. Gaul rata. 
    5. Masukkan mihun yang dicelur tadi dan daun ketumbar. Gaul sebati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN