Bagaimana cara nak masak Ikan Kukus Bunga Kantan?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Kukus Bunga Kantan
Bagaimana cara nak masak Ikan Kukus Bunga Kantan?
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
- 1 kuntum bunga kantan
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 1 inci halia (Dihiris)
- 5 biji cili api (Dihiris kasar)
- 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 biji tomato (Dibelah 4)
- 2 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
- Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ikan kemudian kelar. Basuh dan tus kering.
- Belah dua bunga kantan kemudian hiriskan.
- Masukkan semua bahan ke dalam pinggan tahan panas dan masukkan ke dalam periuk kukusan.
- Kukuskan selama 20 minit dengan api sederhana.
- Keluarkan pinggan dari kukusan dan sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.