Resepi ini sangat senang dan tidak memerlukan telur.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding Karamel Susu – Tanpa Telur
Resepi ini sangat senang dan tidak memerlukan telur.
BAHAN-BAHAN
- 5 sudu makan gula *
- 1/4 cawan air
- 300 ml susu cair
- 1 sudu makan susu pekat
- 1 sudu makan coffemate
- Gula Secukupnya (ikut citarasa anda)
- 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil esen vanila
- 6-7 tali sahaja agar-agar tali
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan karamel dengan masukkan gula dan air ke dalam kuali. Semua bahan yang bertanda * .
- Hanguskan ia sehingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang (saya pilih loyang seperti bentuk puding di bawah). Sejukkan.
- Untuk puding pula, masukkan agar-agar tali dan juga air ke dalam periuk. Biarkan ia sehingga agar-agar tadi hancur.
- Kemudian masukkan susu cair,susu pekat,esen vanila,gula dan juga coffemate. Kacau hingga gula hancur dan mendidih (saya biarkan ia mendidih hampir 5 minit sambil sebatikan ia).
- Kemudian tuangkan atas karamel yang telah dibuat tadi, dan masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian atas tempat ice cube) dalam tempoh 45 minit.
- Kalau dah keras elok ,terbalikkan atas pinggan dan boleh dimakan atau letakkan di dalam peti ais (bahagian bawah, bukan tempat sayur yer).
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.