Gabungan rempah ratus menjadikan ikan masak kicap lebih istimewa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Tongkol Kicap Berempah

Gabungan rempah ratus menjadikan ikan masak kicap lebih istimewa.

BAHAN-BAHAN

  • 3 atau 4 ketul ikan tongkol
  • 45ml kicap manis
  • 20 gram serbuk ketumbar
  • 20 gram serbuk jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Bunga lawang,buah pelaga – secukupnya
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1inci halia
  • 1 batang lada merah
  • ½ camca kecil lada sulah
  • 1 camca besar serbuk Maggi® CukupRasa™
  • 4 batang lada kecil merah
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit.
  • Tambahkan serbuk Maggi® CukupRasa™.sehingga rata keseluruh isi ikan.Goreng ikan dengan minyak yang banyak,goreng sehingga sedikit garing dan kekuningan,angkat dan toskan.
  • Sediakan bahan-bahan,kisarkan bawang kecil,bawang putih dan halia.
  • Panaskan sedikit minyak didalam kuali,masukkan bahan kisar tumis sehingga sedikit garing dan naik minyak.
    Masukkan serbuk ketumbar,serbuk jintan manis,lada sulah gaul rata dan tumis sehingga sedikit kering.Kemudian masukkan kicap manis,tuangkan sedikit air.
    Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.Tambahkan sedikit serbuk Maggi® CukupRasa™ dan gaul rata,tambahkan lada merah .
  • Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN