Menu sesuai dihidangan setiap masa..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

OTAK – OTAK ALA NYONYA

Menu sesuai dihidangan setiap masa..

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram isi ikan tenggiri, cincang halus
  • 8 – 10 helai daun kaduk, cuci dan lap kering
  • 2 helai daun limau purut, hiris halus
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • 1 camca besar penuh gula
  • 3/4 camca besar Maggi®Cukuprasa™
  • 3/4 camca besar serbuk ketumbar
  • 3 camca besar kelapa parut, tumbuk lumat
  • 5 camca besar pati santan
  • 1 camca besar penuh tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 8 helai daun pisang berukuran 18cm X 20cm, cuci dan lap kering
  • Lidi sate secukupnya
  • BAHAN – BAHAN KISAR HALUS…
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 5 biji buah keras, hiris
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering, buang biji dan rendam dalam air panas sekejap, toskan
  • Sebesar ibu jari, belacan, dibakar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam non-stick pan. Tumis bahan-bahan kisar halus hingga wangi dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan gula, serbuk ketumbar dan Maggi®Cukuprasa™, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan sejukkan.
  • Masukkan isi ikan tenggiri ke dalam mangkuk. Tambah santan, telur, tepung ubi, bahan-bahan dari no. 1 dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi. Gaul hingga semua rata dan sebati. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit, kacau rata dan ketepikan.
  • Ambil sehelai daun pisang, sapu sedikit minyak masak atasnya, alas dengan 1 atau 2 helai daun kaduk. Sudukan 2 camca besar adunan otak-otak, ratakan dan bungkuS seperti membuat lepat pisang. Sematkan hujung kiri dan kanannya dengan lidi sate, kemaskan. Buat hingga siap.
  • Panaskan alat pemanggang (sama ada bara api atau non-stick pan), sapu sedikit minyak dan panggang atau bakar otak-otak dengan api kecil, 5 – 6 minit untuk setiap bahagian. Balik-balikkan otak-otak agar masak sekata. Boleh hidangkan….Selamat mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN