Masakan ringkas yang mudah dicuba. Sesuai untuk hidangan di bulan Ramadan nanti…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Goreng Singapura

Masakan ringkas yang mudah dicuba. Sesuai untuk hidangan di bulan Ramadan nanti…

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping tauhu saiz besar
  • Taugeh secukupnya, dibuang ekor, celur sekejap dan toskan
  • Timun secukupnya, dihiris halus memanjang
  • Sengkuang secukupnya, dihiris halus memanjang
  • Hirisan cili padi merah untuk hiasan (optional)
  • BAHAN – BAHAN KUAH KACANG ….
  • 1 cawan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
  • 1/4 cawan jus asam jawa (1/4 cawan air panas + sebesar ibu jari asam jawa = ramas dan tapis)
  • 2 camca besar penuh kicap pekat
  • 1 camca besar kicap cair
  • 2 camca besar penuh gula (atau secukup rasa)
  • 1 camca besar cili kisar
  • 8 biji cili padi merah siam, tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1/3 cawan air panas (kalau suka cair boleh tambah air panas lagi)
CARA PENYEDIAAN
  • UNTUK KUAH KACANG :- Masukkan cili kisar, cili padi tumbuk, bawang putih tumbuk, kicap pekat dan gula ke dalam mangkuk. Kacau rata hingga gula hancur. Tambah kacang tanah tumbuk dan gaul rata. Tuang air panas dan jus asam jawa, masukkan kicap cair dan kacau rata. Rasa dan jika ok, ketepikan.
  • UNTUK TAUHU :- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tauhu dicuci, kemudian lap kering. Tabur sedikit garam halus pada tauhu tadi. Kemudian goreng terendam dalam minyak panas. Goreng hingga kelihata kekuningan pada semua bahagian, angkat dan toskan. Biar sejuk.
  • UNTUK TAUHU GORENG SINGAPURA :- Ambil sekeping tauhu goreng yang telah sejuk. Potong kepada 9 bahagian (sebab tauhu che mat guna saiz besar). Taruk dalam pinggan sesuai. Taruk atasnya hirisan sengkuang, timun dan taugeh. Tuang kuah kacang secukupnya dan hias dengan cili padi hiris, jika suka. Hidangkan segera…. Selamat mencuba!!.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN