Menu sihat yang mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DIMSUM ISI IKAN

Menu sihat yang mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 500gm isi ikan – dikisar halus
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 biji sengkuang – dipotong dadu
  • 1 labu bawang holland – dicincang
  • 3 tangkai daun bawang – dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • secubit lada sulah
  • Bahan B
  • 1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 200gm tepung ubi
  • Bahan C
  • Kulit dimsum
  • kulit wantan secukupnya
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji putih telur
  • Sos : Dicampur
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu teh cuka
  • secubit garam dan gula
  • 1/4 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar halus isi ikan dan ketepikan seketika.
  • Cuci, kupas dan potong lobak merah, bawang holland, sengkuang dan daun bawang.
  • Campurkan semua bahan A didalam mangkuk besar dan gaul rata.
  • Setelah itu taburkan Maggi® CukupRasa™ kedalam adunan tersebut dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung ubi, dan kacau lagi semua bahan. Ambil kulit wantan, sapu dengan putih telur dan masukkan campuran isi ikan tadi dan bentukkan. Tabur dengan lobak merah parut dan ulangi langkah tersebut hingga habis.
  • Masukkan dimsum yang telah siap dibentuk tadi kedalam pengukus dan kukus dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dimsum dan bolehlah dihidangkan dengan sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN