Resepi sangat mudah sesuai bagi yg baru belajar mencuba nasi berperisa.sesuai dijadikan juadah istimewa/jamuan raya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Minyak Jus Oren

Resepi sangat mudah sesuai bagi yg baru belajar mencuba nasi berperisa.sesuai dijadikan juadah istimewa/jamuan raya.

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih,rendam selama 20min,kemudian toskan)
  • 4 cawan air
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan simpul
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan perahan jus buah oren (guna sunquick pun boleh)
  • Sedikit daun pudina, gajus dan bawang goreng
  • sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan mentega,tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan yg dihiris tadi.Tumis sekejap hingga terbit bau.
  • Kemudian masukkan air , susu cair, jus oren, daun pandan simpul dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih
  • Masukkan beras basmati, kacau sebati.Masak seperti masak nasi biasa (Kalau nak guna rice cooker terus pindahkan ke rice cooker) LiNa Pg masak guna dapur gas jer
  • Setelah nasi agak kering,kecilkan api titiskan dengan pewarna kuning.
  • Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  • Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina dan gajus.
  • Bila menghidang taburkan bawang goreng dan kismis (jika suka)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN