Resepi tradisi kat kampung. Selain rendang ayam, rendang daging. rendang kerang, rendang udang, rendang ikan tongkol ni pun tak kurang enaknya. Kali ni saya buat cara yang sedikit berbeza dan menggunakan Maggi® CukupRasa™ dan saya goreng dulu ikan dan bahan kisar saya tumis hingga naik bau.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ikan Tongkol

Resepi tradisi kat kampung. Selain rendang ayam, rendang daging. rendang kerang, rendang udang, rendang ikan tongkol ni pun tak kurang enaknya. Kali ni saya buat cara yang sedikit berbeza dan menggunakan Maggi® CukupRasa™ dan saya goreng dulu ikan dan bahan kisar saya tumis hingga naik bau.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • Gula melaka – secukup rasa
  • Maggi® CukupRasa™ – secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Bahan hiris : 2 helai daun kunyit
  • 8 helai daun limau purut
  • Bahan kisar : 12 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak lebih pedas)
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 15 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
  • Potong ikan 2 cm tebal. Lumur ikan dengan air limau atau air asam jawa dan sedikit garam. Perap 15 minit dan bilas bersih. Goreng ikan yang telah dibilas, jangan terlalu garing, agak-agak dah elok masak, angkat dan toskan.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau hingga naik bau.
  • Masukkan santan dan Maggi® CukupRasa™ secukup rasa. Masak hingga rendang pekat. Sesuaikan rasa, tambah Maggi® CukupRasa™ jika perlu. Kacau sebati. Tutup api.
  • *** Biasanya untuk memasak rendang, penggunaan kuali lebih memudahkan kerja2 mengacau rendang hingga pekat atau kering. Kalau guna periuk susah dan kemungkinan ikan akan hancur.

    *** Kalau nak rendang yang sedikit berkuah jangan masak sampai kering sangat. Bila dah pekat tutup api. Kacau selalu supaya tak hangit.

    *** Rendang ni sedap dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN