Masakan ikan cara kukus yang mudah, sihat dan berkhasiat!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Kerapu Kukus

Masakan ikan cara kukus yang mudah, sihat dan berkhasiat!

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan kerapu seberat 700 gram
  • 4 cm halia – hiris halus
  • 3 biji bawang putih – cincang
  • 1 sudu besar seasoning sauce Maggi
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi
  • ½ sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air
  • Bahan hiasan : 5 biji cili padi cincang, hirisan daun ketumbar, hirisan lemon atau limau nipis dan hirisan daun bawang
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
  • 2. Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.
  • 3. Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan.
  • 4. Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
  • 5. Kukus ikan selama 7 minit.
  • 6. Sementara itu, goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
  • 7. Tambahkan seasoning sauce, sos tiram dan bancuhan air tepung jagung ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.
  • 8. Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos. Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.
  • 9. Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan perencah Maggi® CukupRasa™
  • 10. Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.
  • 11. Hidangkan panas Ikan Kerapu Kukus dengan taburan daun bawang, hirisan cili padi dan daun ketumbar di atasnya.
  • 12. Jika suka, boleh renjiskan jus limau nipis atau jus lemon di atasnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN