KEK LAMA YANG MASIH DIGEMARI RAMAI. TAK PERLU PERAP UNTUK DAPATKAN TEKSTUR BERSARANG.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Gula Hangus Kukus

KEK LAMA YANG MASIH DIGEMARI RAMAI. TAK PERLU PERAP UNTUK DAPATKAN TEKSTUR BERSARANG.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 4 biji telur – Gred A
  • 1 cawan susu pekat manis
  • Gula Karamel
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu teh mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula sediakan gula karamel terlebih dahulu dan sejukkan. Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.
  • Didalam mangkuk besar, ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.
  • Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata.
  • Tuang kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.
  • Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN