Sekali sekala buat sambal tumis letak bahan luarbiasa, jadi luarbiasa sedapnya kan…

Sambal tumis sotong, siapalah tak suka kan… dan kali ni tambah terung pipit ambil kat rumah mak mentua, bertambah-tambah sedapny. Makan sampai berpeluh-peluh pedas pun tetap sedap hehehe..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SAMBAL SOTONG TERUNG PIPIT

Sekali sekala buat sambal tumis letak bahan luarbiasa, jadi luarbiasa sedapnya kan…

Sambal tumis sotong, siapalah tak suka kan… dan kali ni tambah terung pipit ambil kat rumah mak mentua, bertambah-tambah sedapny. Makan sampai berpeluh-peluh pedas pun tetap sedap hehehe..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg sotong – Saya pakai sotong arus sebab isinya lembut
  • 3 senduk cili kering yang dikisar
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1-2 inci belacan bakar, dihancurkan menajdi serbuk senang tabur je
  • 1 ulas bawang besar dipotong tebal – saya pakai bawang kuning
  • 1 mangkuk terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
  • Air secukupnya
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 4 ulas bawang merah – dikisar
  • 4 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih – dikisar
  • 2-3 biji buah keras – dikisar
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan dikisar campur bersama cili kering kisar. Tumis dalam minyak yg agak banyak sehingga garing cilinya dan naik minyak.
  • Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Tabur belacan bakar dan gaul rata. Masukkan terung pipit dan bawang besar potong dan masak seketika.

    Masukkan sotong, goreng sekejap dan angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN