Masakan Johor, sardin masak kicap cara johor, resepi turun temurun

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sardin Kicap Johorean

Masakan Johor, sardin masak kicap cara johor, resepi turun temurun

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin besar sardin cap Ayam Brand (sebab brand sardin ni bersih, tidak diragui dan lebih sedap)
  • secubit asam jawa
  • kicap lemak manis cap kipas udang (brand ni pun antara paling sedap rasanya)
  • 2 biji bawang besar dihiris halus (kalau suka mkn bawang boleh letak banyak sikit)
  • 3 biji bawang putih dihiris halus
  • 2 biji lada besar (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 biji cili padi
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak
  • keluarkan ikan sardin dari dalam tin dan goreng sampai sedikit garing. Sos sardin di dalam tin tersebut biarkan dulu dalam tin.
  • Setelah semua ikan sardin digoreng, keluarkan dari kuali dan letak didalam pinggan
  • guna minyak lain untuk tumis bawang merah, bawang putih, lada besar dan cili padi
  • Setelah naik bau, masukkan sos sardin yang di dalam tin tadi.
  • kemudian masukkan kicap sehingga kuah sos tadi berwarna kehitaman.
  • rendamkan secubit asam jawa dengan air dalam 1/3 cawan kecil dan masukkan air asam jawa tanpa bijinya ke dalam kuali tadi
  • Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi ke dalam kuali agar sebati dengan sos/kuahnya
  • Biarkan ia mendidih dalam 10 minit sebelum siap untuk dihidangkan :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN