Gabungan udang butter dan udang nestum…. kegemaran suami. Pedas-pedas lemak… mantap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

UDANG BUTTER NESTUM

Gabungan udang butter dan udang nestum…. kegemaran suami. Pedas-pedas lemak… mantap

BAHAN-BAHAN

  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 biji kuning telur
  • 5 batang cili api (dibelah)
  • 10 helai daun kari
  • 3/4 cawan susu cair / segar
  • 5 sudu besar butter
  • Sedikit minyak
  • 2 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 4 sudu besar nestum
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak dan 4 sudu besar butter di dalam kuali.
  • Pukul kuning telur sedikit. Sambil sebelah tangan mengacau minyak di dalam kuali secara bulatan, sebelah tangan lagi digunakan untuk menuang telur ke dalam kuali tinggi-tinggi (untuk mendapatkan flos telur yang halus).
  • Teruskan menggoreng flos telur sehingga masak. Toskan ke tepi.
  • Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak kemerah-merahan. Toskan ke tepi.
  • Panaskan 1 sudu butter dan tumis bawang putih serta cili api sehingga bau wangi. Kemudian, masukkan susu dan daun kari. Tumis seketika.
  • Tambah garam dan gula mengikut rasa. Akhir sekali, masukkan udang dan nestum. Kaup balik sehingga semuanya sebati dan kering. Sedia untuk dihidangkan bersama flos telur tadi. SIAP.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN