Masakan ni memang senang. Guna bahan yang ada di dapur je. Masa dari perap sampai masuk ke dalam mulut, mungkin 2 jam (perap lama)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
AYAM PANGGANG BLACK PEPPER SEMPOI
Masakan ni memang senang. Guna bahan yang ada di dapur je. Masa dari perap sampai masuk ke dalam mulut, mungkin 2 jam (perap lama)
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 cawan sos lada hitam
- 1/2 cawan sos cili
- 3 sudu besar kicap pekat ABC
- 4 ulas bawang putih (kisar halus)
- 1 inci halia (kisar halus)
- Sedikit garam
- Untuk sos – 1 sudu besar tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan-bahan diatas (kecuali tepung)
- Kemudian, perapkan ayam dengan bahan perapan tadi selama 1 jam
- Selepas itu, panggang ayam yang telah diperap selama lebih kurang 45 minit di dalam oven pada suhu 200c ataupun di atas pemanggang api.
- Baki bahan perapan boleh digunakan untuk membuat sos.
Campurkan baki bahan perapan tadi dengan tepung yang telah dicampur dengan sedikit air. - Kemudian, masak bahan sos di atas api sehingga pekat. SIAP.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.