Musim cempedak tiba lagi…buat kek dengan cara yang mudah..dikisar saja tapi hasilnya kek tetap lembut dan gebu…sesuai dimakan bila2 waktu… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Cempedak Mudah (Blended Cake)

Musim cempedak tiba lagi…buat kek dengan cara yang mudah..dikisar saja tapi hasilnya kek tetap lembut dan gebu…sesuai dimakan bila2 waktu… :)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :-
  • 250g mentega cair atau minyak masak
  • 4 biji telur
  • 200g gula halus (boleh kurangkan jika cempedak manis)
  • 1/4 cawan susu segar/santan
  • 250g isi cempedak – dihiris/gunting halus
  • sedikit pewarna kuning (opt)
  • Bahan B :-
  • 250g tepung naik sendiri
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak bahan B ke dalam sebuah mangkuk.
  • Masukkan bahan2 A ke dalam alat pengisar dan kisar hingga halus dan sebati.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk tepung dan gaul perlahan2 hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dan dialas kertas.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dahulu selama 45 min atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
  • **boleh tambah cempedak yang digunting halus ke dalam adunan atau ditabur atas adunan sebelum dibakar…ikut selera… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN