Resepi senang cepat siap, sedap di makan terus atau sejuk-sejuk

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Hokkaido Cream Cupcakes

Resepi senang cepat siap, sedap di makan terus atau sejuk-sejuk

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
    3 kuning telur,
    4 sudu besar gula kastor,
    60ml susu segar,
    35ml minyak sayuran,
    2/3 cawan tepung naik sendiri (ayakkan)
  • Bahan B: 3 putih telur, 5 sudu besar gula kastor
  • Bahan cream : 1 cawan susu segar, 2 sudu besar gula, 3 sudu besar tepung kastad, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 cawan whipping cream(takde pun takpe)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul Bahan B sampai bertanduk
  • Pukul kuning telur dan gula sampai pucat. Masukkan susu segar dan minyak sayuran. Kemudian masukkan tepung dan putar sebentar.
  • Masukkan 1/3 dari Bahan B ke bahan A dan kacau secara kaup balik. Masukkan setiap 1/3 sampai habis. Kemudian masukkan ke dalam papercup sehingga 2/3 ketinggian.
  • Bahan cream: Panaskan susu, gula, tepung kastad dan esen vanila dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan whipped cream dan pukul. Masukkan ke dalam piping bag dan nozzle yang sesuai. Sejukkan sebentar.
  • Panaskan oven pada 170 darjah selsius dan masukkan kek turunkan pada 160 darjah selsius. Bakar selama 20-25 minit, biarkan sebentar sebelum keluarkan.
  • Paipkan cream ke dalam kek dan hias dengan gula ising atau buah kegemaran :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN