Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Cipta ‘Saat Gembira’ dengan Heinz hari ini. Resepi kami ringkas dan istimewa. Penyediaan cuma 15 minit dan tempoh memasak lebih kurang 30 minit sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Udang Rangup Onion BBQ Sauce
Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Cipta ‘Saat Gembira’ dengan Heinz hari ini. Resepi kami ringkas dan istimewa. Penyediaan cuma 15 minit dan tempoh memasak lebih kurang 30 minit sahaja.
BAHAN-BAHAN
- 12 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit, tinggalkan ekor
- 2 cawan minyak masak untuk goreng udang dengan menggunakan minyak yang banyak
- Perapan:
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh lada putih
- Adunan:
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 100ml air
- 2 sudu besar minyak masak
- Onion BBQ Sauce:
- 4 sudu besar HEINZ ORIGINAL BBQ SAUCE
- 1 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
- ½ sudu besar kicap soya
- 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan udang dengan bahan perapan. Masukkan semua bahan-bahan lain untuk adunan.
- Panaskan minyak untuk menggoreng. Salut udang dengan adunan tadi dan goreng sehingga nampak garing dan coklat kekuningan. Angkat udang tadi dan letakkan di atas tisu atau penapis untuk mengeringkan minyak.
- Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar yang dicincang sehingga naik bau. Tambah bahan-bahan lain, kacau sehingga sebati.
- Toskan dengan udang yang digoreng tadi dan siap disediakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.