Masakan yang menggunakan bahan-bahan yang sedikit dan mudah di perolehi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Masak Merah Budget
Masakan yang menggunakan bahan-bahan yang sedikit dan mudah di perolehi.
BAHAN-BAHAN
- 9 ekor ayam di potong 12(di garam kunyit dan di goreng)
- 1.5 kg bawang besar, 2 labu bawang putih,2 ketul lengkuas besar ibu jari(bahan ini di blender bersama)
- 2 botol sos tomato
- Garam/ Gula/Perasa
- 2 cawan minyak utk menggoreng ayam
- 2 biji bawang besar,1 labu bawang putih – di hiris
- 7 batang serai -di siat-siat
CARA PENYEDIAAN
- Goreng ayam yang telah di perap dengan garam kunyit sehingga masak (jangan kering sangat)
- Ambil separuh minyak bekas menggoreng ayam untuk menumis, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang di hiris.
- Bila tumisan dah wangi, masukkan bahan yang telah di blender bersama. Biarkan sehingga tumisan menjadi wangi dan garing
- Masukkan serai yang telah di siat-siat dan seterusnya masukkan garam, gula dan perasa
- Masukkan sos tomato, rasa sekali lagi
- Masukkan ayam yang telah di goreng dan biarkan mendidih/menggelegak dalam masa 10 minit bagi memastikan sambal mesra dengan ayam.
- siap untuk di hidang di majlis-majlis kecil, kenduri, rumah terbuka dsbnya
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.