Mee korea ini terasa seperti “homemade” pulak apabila dihidangkan bersama daging panggang. Ini rangkaian perisa terbaru dari Maggi dipanggil Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef dengan Daging Panggang

Mee korea ini terasa seperti “homemade” pulak apabila dihidangkan bersama daging panggang. Ini rangkaian perisa terbaru dari Maggi dipanggil Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef.

BAHAN-BAHAN

  • 2 peket Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 8-10 batang snow peas
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 800ml air
  • untuk daging panggang
  • 200g daging batang pinang
  • 1 sudu besar Maggi Secukup Rasa
  • 1 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris daging nipis-nipis. Kemudian perap dengan semua bahan lain selama 10 minit
  • Panggang daging sehingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air, masak sehingga mendidih.
  • Masukkan Maggi Korean Spicy Braised Beef bersama perencahnya dan juga snow peas. Padamkan api dan tutup periuk. Biarkan 3-4 minit sebelum dihidangkan.
  • Hidangkan mee bersama dengan daging panggang tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN