resepi nenda

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kicap Simple

resepi nenda

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam di besrsihkan dan di gaul dengan sedikit kunyit dan secubit garam.
  • 10 biji tomato cherry
  • 2 biji cili merah di hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar di hiris
  • bahan kisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10-15 biji cili padi
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 1 sudu teh lada hitam kisar kasar
  • 1/2 gelas air asam jawa cair
  • 1/2 gelas air
  • 1 senduk kicap manis
  • gula dan garam cukup rasa
  • minyak untuk goreng ayam
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga agak garing.
  • biarkan lebihan minyak goreng ayam dalam kuali untuk menumis.
  • masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan
  • masukkan air asam jawa dan lada hitam kacau rata dan biarkan mendidih
  • masukkan kicap dan air, kacau rata masukkan pula garam dan sedikit gula biarkan mendidih.
  • masukkan ayam yang telah di goreng tadi, cili dan bawang hiris sertya tomato.
    kacau rata-rata hingga sebati. biarkan untuk 5 minit.
  • tutup api dan boleh dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN