ini pun resepi dari arwah nenek saya..
kalau kupang tu nak masak simple inilah resepinya..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kupang stir fry

ini pun resepi dari arwah nenek saya..
kalau kupang tu nak masak simple inilah resepinya..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kupang dibersihkan dan ditoskan.
  • 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 10 biji cili padi (kalau nak pedas) di kisar.
  • 5 tangkai cili kering di potong kecil dan di rendam dengan air panas.
  • 1 biji bawang besar dan 2 biji cili merah dihiris
  • beberapa tangkai daun bawang di potong kecil.
  • 5 sudu besar sos tiram dicampur dengan 2 sudu besar air.
  • minyak untuk menumis
  • secawan air
  • gula dan garam
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar hingga kekuningan
  • masukkan cili kering yang telah dipotong tumis sehingga semua bahan nampak garing.
  • masukkan secawan air serta sos tiram dan kacau biarkan mendidih.
  • masukkan hirisan bawang besar dan cili merah
  • garam dan gula secukup rasa.
  • masukkan kupang yang telah dibersihkan bersama hirisan daun bawang
  • kacau rata-reata dan tutup kuali.
    biarkan untuk 5 minit.
  • buka tutup kuali, kacau lagi semua bahan rata-rata selama 2-3 minit
  • tutup api dan sedia untuk dihidang..
    makan panas..
  • selamat mebcuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN