Resipi sendiri untuk penggemar makanan laut.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Spagetti Seafood Laluna
Resipi sendiri untuk penggemar makanan laut.
BAHAN-BAHAN
- 1 peket spagetti
20 ekor udang size sederhana
3 ekor sotong size besar
5 ekor kepah
1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
2 biji tomato
sedikit cili benggala merah
sedikit cili benggala hijau
sedikit cili benggala kuning
satu cawan susu segar
sekotak
CARA PENYEDIAAN
- Rebus spagetti hingga lembut bersama sedikit minyak dan garam. Kemudian tapis(simpan sedikit air rebusan ini untuk dimasukkan kedalam kuali nanti) dan asingkan.
Panaskan minyak zaitun
Masukkan bawang holland yg telah dipotong dadu dan bawang putih. Setelah agak kekuningan, masukkan tomato dan cili benggala yg telah dipotong dadu. Tumis seketika.Kemudian masukkan 5 keping cheesedale (seeloknya di koyak kecil2 sblm dimasukkan), susu segar dan cooking cream.
Setelah mendidih, masukkan spagetti kedalam bahan2 tadi. Kacau hingga pekat. Tambahkan lada hitam dan herba campuran dan air dari air rebusan spagetti tadi.
Akhir sekali masukkan semua makanan laut yg telah dikopek dan dipotong. Jangan masak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis dan sotong akan menjadi liat.
Kacau dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.