resepi pikat hati suami ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Pari Bakar cicah air asam

resepi pikat hati suami ;)

BAHAN-BAHAN

  • bawang merah 3 ulas
  • bawang putih 2 ulas
  • kunyit hidup 1 inci
  • cili boh 1 sudu besar
  • air asam jawa 1 sudu besar – bancuh dgn 1/2 cawan air
  • belacan sebesar ibu jari – nak sedap bakar dulu atas api
  • serai 1 batang
  • gula 3 sudu besar
  • garam 1 sudu kecil dan sedikit serbuk perasa
  • Daun kunyit 1 ikat
CARA PENYEDIAAN
  • Blend halus semua bahan di atas.
  • Panaskan atas dapur untuk hilangkan bau cili boh.
  • Rasa dulu sebelum tutup api. Kalau tawar, tambah gula or garam.
  • Sejukkan sekejap. Lumurkan pada ikan pari (kelar sikit supaya kuah meresap dlm ikan).
  • Perap ikan pari selama 30 minit. Tapi saya perap 1 jam bagi rasa dia kaw sikit ;P
  • Alas kuali leper dengan daun kunyit. Bakar ikan pari dalam lebih kurang 15 – 20 minit. Balikkan supaya dua2 belah masak. Boleh siram lagi dengan kuah perapan.
  • Ikan bakar ni sedap bila dia garing2 sikit tapi basah di dalamnya. Boleh makan dengan nasi panas2 hokey!
  • Oh.. untuk buat air asam, sungguh mudah semudah abc.. Hanya sediakan 6 biji cili padi, 2 biji cili hidup, air asam jawa 1 sudu besar bancuh dgn 1/2 cawan air masak, sedikit belacan yg dibako dahulu, gula 3 sudu, garam 1 sudu.. blend halus semua bahan. Masukkan dalam mangkuk. Pastu, potong dadu 1/2 bawang besar n 1/2 biji tomato. Nak lagi mengancam, kerat2 daun ketumbar sikit masukkan dalam air asam. Kacau semuanya. Siap!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN