Masam kiwi manis strawberry, kanak-kanak suka, aiskrim masam manis
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Puding aiskrim kiwi strawberry
Masam kiwi manis strawberry, kanak-kanak suka, aiskrim masam manis
BAHAN-BAHAN
- Untuk puding kiwi:
- Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
- 2 1/2 air
- Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
- 2 biji buah kiwi ( Jangan terlalu banyak, boleh menyebabkan puding kiwi kelat dan terlalu masam)
- 1/2 tin susu cair
- sedikit perwarna hijau
- sedikit hirisan kiwi dipotong dadu. Untuk hiasan
- Untuk puding strawberry:
- Serbuk agar-agar (jenama Swallow warna hijau)
- 2 1/2 air
- Gula ( Kuantiti gula bergantung kepada citarasa masing2)
- 4 biji buah strawberry
- 1/2 tin susu cair
- sedikit perasa strawberry warna merah. Seeloknya perasa tersebut menpunyai bau dan rasa seperti strawberry. menjadikan puding rasa lebih sedap.
- sedikit hirisan strawberry dipotong dadu. Untuk hiasan seperti gambar diatas.
CARA PENYEDIAAN
- Separa kisar kiwi dengan pengisar dan masukan 1/2 cawan air untuk memudahkan pengisaran. Sama cara untuk strawberry.
- Masukkan 2 1/2 air, susu cair, gula dan serbuk agar-agar kedalam periuk dan masak hingga mendidih. Sekiranya warna tidak menarik, boleh tambah sedikit perwarna. Sama step untuk kedua-dua perisa, kiwi dan strawberry.
- Kemudian, masukkan bancuhan kiwi kedalam acuan puding. setelah agak keras, masukkan bancuhan puding strawberry pula. p/s: Pastikan puding kiwi tidak terlalu keras, terus masukkan puding strawberry. jika terlalu keras, kedua2 puding ini tidak akan melekat. Sekiranya puding kiwi dah terlalu keras, kuiskan permukaan nya sebelum diletakkan puding strawberry itu. (saya guna acuan getah, senang untuk tanggalkan puding dari acuam)
- Kemudian, masukkan kedalam peti ais. Sekiranya mahu menjadikan puding ini aiskrim, letakkan ia didalam sejuk beku sehari. Sudah siap, selamat mencuba! :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.