Mudah disediakan dan gebu sgt..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Apam Gebuzzzz
Mudah disediakan dan gebu sgt..
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung blue key ( khas untuk pau)
- 1 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan air
- 1 biji telur ayam
- 1 camca / sudu besar yis / mauripan
- Sedikit kelapa parut + sedikit garam ( dikukus sebentar)
- Sedikit pewarna merah (Rose)
CARA PENYEDIAAN
- Tepung,yis disatukan dan kacau rata.
- Masukkan telur,kacau rata.
- Masukkan gula,kacau adunan perlahan-lahan.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau rata sehingga gula hancur.
- Biarkan adunan sehingga 1 jam atau sekurang-kurangnya 30-40 minit.
- Sementara menunggu adunan kembang,kukus kelapa parut dgn sedikit garam.Ini dapat mengelakkan kelapa parut itu drpd basi terlalu awal.
- Kukus sebentar sahaja agar kelapa parut tidak kering.
- Setelah adunan kembang,masukkan sedikit pewarna merah ke dlm acuan.Gunakan acuan yg comel seperti puteri ayu.Isikan adunan hampir penuh sahaja kerana ia akan mengembang semasa proses pengukusan dilakukan.
- Jika suka boleh masukkan kelapa parut sebelum menuang adunan tersebut.Sy hanya menggunakan kelapa parut sebagai hiasan.Jika tidak diletakkan pun tidak mengapa.
- Kukus adunan selama 15 minit ( untuk acuan yg comel) menggunakan api yg kuat.Balut penutup kukusan menggunakan kain untuk mengelakkan wap air drpd terjatuh ke atas apam.
- Setelah apam masak,angkat dan ketuk2 sedikit bagi ia tertanggal drpd acuan.Hiaskan kelapa parut di atas atau disekitar apam.Selamat mencuba..:-)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.