Lauk sempoi je tapi menjadi menu mahal dalam masakan di gerai2…hehee…puas hati masak sendiri… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Taugeh Tumis Ikan Masin

Lauk sempoi je tapi menjadi menu mahal dalam masakan di gerai2…hehee…puas hati masak sendiri… :)

BAHAN-BAHAN

  • 250 g taugeh – dibersihkan
  • 100 g isi ikan kurau kering – (atau lebih kurang) potong kecil2 dan goreng garing
  • 1 biji bawang besar – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih – cincang halus
  • 2 tangkai cili merah – hiris
  • 3 tangkai cili padi (opt) – belah 2 jangan putus
  • sedikit lada sulah serbuk
  • garam dan perasa secukup rasa (jika perlu)
  • daun kucai atau daun sop/bawang – hiris
  • sedikit kicap manis
  • sedikit minyak masak – untuk menumis
  • bawang goreng – untuk tabur
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga wangi dan masukkan cili merah dan cili padi dan gaul.Masukkan juga lada sulah serbuk, garam dan perasa secukupnya jika perlu.
  • Kecilkan api, masukkan ikan kering, tauge, hirisan daun kucai atau daun sop/bawang. Balek2kan sekejap lalu matikan api supaya taugeh tidak layu sambil direnjiskan sedikit kicap manis.
  • Ketika menghidang, tabur sedikit bawang goreng.
  • Lauk tauge ini enak juga ditambah hirisan tomato.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN