Sesuai dimakan bila2 masa saja…kek ini juga sesuai dihias dengan fondant atau royal icing dan dijadikan kek dimajlis2 tertentu… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Prune Hitam Manis Kukus™

Sesuai dimakan bila2 masa saja…kek ini juga sesuai dihias dengan fondant atau royal icing dan dijadikan kek dimajlis2 tertentu… :)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A :-
  • 300 g mentega – mengkal
  • 50 g susu manis
  • 1 sk vanilla powder / esen vanilla
  • BAHAN B :-
  • 6 biji telur – A
  • 450 g gula halus (akak campur gula perang)
  • 2 sb choc. paste (akak guna serbuk koko*)
  • 300 g tepung naik sendiri*
  • 280 g tepung gandum*
  • 1/4 sk bicarbonate of soda* – Ayak bersama bahan2 bertanda *
  • 1 sk serbuk kayu manis* (opt)
  • BAHAN C :-
  • 400 g buah prune – dihiris/gunting kecil2 dan campur sedikit tepung gandum yang ada dan gaul rata
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul bahan A hingga pekat dan putih dan ketepikan
  • Pukul telur hingga 1/2 kembang lalu masukkan gula dan terus pukul hingga pekat. Masukkan campuran tepung sedikit2 dan gaul dengan senduk/spatula hingga adunan rata. Masukkan bahan A ke dalam adunan dan kacau hingga rata.
  • Masukkan pula hirisan buah prune dan digaul sebati.
  • Tuang adunan dan ratakan ke dalam loyang yang dialas dan digris. Tutop permukaan loyang dengan alum. foil dan kukus selama 4 jam. Pastikan air kukusan mencukupi, tambah dengan air panas jika dah berkurangan. Kek boleh juga dikukus 2 jam sekiranya kek dah cukup masak, dicucuk dengan lidi dan keluar bersih.
  • Sejukkan kek dan boleh dipotong dan disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN