Selain kaswi nyonya, kaswi ini juga menjadi kuih tempahan mingguan…alhamdulillah…pada yang tak jemu memakan kuih kaswi macam akak ni, sudi2lah cuba ye sebab bahan2nya berlainan sikit dari kaswi2 yang ada di Myresipi ni…heee… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kuih Kaswi Kak Fida™

Selain kaswi nyonya, kaswi ini juga menjadi kuih tempahan mingguan…alhamdulillah…pada yang tak jemu memakan kuih kaswi macam akak ni, sudi2lah cuba ye sebab bahan2nya berlainan sikit dari kaswi2 yang ada di Myresipi ni…heee… :)

BAHAN-BAHAN

  • 280 g tepung gandum
  • 85 g tepung kanji
  • 35 g tepung hoen kwee
  • 350 g gula melaka
  • 155 g gula pasir
  • 1280 g air
  • 1/2 sk garam
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 1 1/4 sk kapur – dilarutkan dengan sedikit air yang ada
  • sedikit pewarna coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Campur ketiga-tiga tepung, larutan kapur dengan sebahagian air yang ada, kacau dan ketepikan.
  • Masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan dengan lebihan air hingga mendidih dan gula larut.
  • Tapis air gula yang masih panas ke dalam campuran tepung dan kacau rata. Masukkan secukup pewarna coklat,kacau rata dan tapis lagi adunan.
  • Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu minyak dan dipanaskan dulu.Kukus selama 30 min atau hingga masak.
  • Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN