Resepi daripada mak mertua
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Itik Salai Masak Lemak Cili Padi
Resepi daripada mak mertua
BAHAN-BAHAN
- Itik Salai (1 ekor)
beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil
- Bawang putih (5 ulas besar)
- Bawang merah (5 biji kecil)
- Bawang besar (1 biji besar)
- Serai/Halia (2 batang)
kalau takut tergigit halia semasa makan, boleh guna serai - Serbuk kunyit/Kunyit hidup
(saiz ibu jari/ cukup untuk beri warna kuning kehijau-hijauan kepada kuah)
(jumlah kunyit mesti sesuai dengan kuantiti air yang digunakan untuk buat kuah)
(seeloknya guna kunyit hidup kerana warna kuah lebih cantik dan asli) - Cili padi (15 tangkai)
kalau tak nak pedas boleh kurangkan - Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
- Santan (1 biji kelapa)
seeloknya guna santan parut, bukan santan kotak kerana rasa lebih asli, sihat krn tiada pengawet dan kurang pekat - Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk
(minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja) - Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai
- Hiris bawang besar
- Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk
(tak perlu garing sgt) - Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
- Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
- Kacau sehingga santan sebati
(jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Tabur cili merah dan cili hijau
- Sedia untuk dihidangkan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.