Lebihan putih telur drp membuat kek lapis, dijadikan apam… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Apam Pandan Putih Telur

Lebihan putih telur drp membuat kek lapis, dijadikan apam… :)

BAHAN-BAHAN

  • 500 ml putih telur (2 cwn)
  • 300 g gula halus
  • 1/2 sb ovalette
  • 1 sk vanilla powder
  • 400 g tepung Hong Kong*
  • 1/2 sk baking powder* (bahan * diayak bersama) (( akak guna tepung naik sendiri tanpa mengguna baking powder))
  • 300 g santan kotak
  • 1 1/2 sb pandan pes + 1 sk pewarna kuning lemon
  • secukup kelapa putih yg dikukus – utk pencicah
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula halus, ovalette dan vanilla powder dan pukul terus dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan tepung sedikit2 sambil dikaup-balikkan ke dalam adunan diikuti dengan santan dan pandan pes dan warna kuning. Kaup-balikkan adunan menggunakan spatula atau senduk.Perapkan adunan sementara memanaskan periuk kukusan.
  • Alas loyang dengan plastik dan disapu minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Kukus apam dengan api sederhana selama 30-40 min.
  • Biar apam benar2 sejuk, potong dan sajikan dengan kelapa parut putih. Apam enak juga dimakan begitu saja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN