Lauk, seafood, ketam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ketam masak lemak cili api

Lauk, seafood, ketam

BAHAN-BAHAN

  • 1. Ketam 5 ekor siap disiang
  • 2. Sebiji kelapa yang diambil santannya:sebahagian santan pekat dan dua bahagian santan cair
  • 3. Kunyit hidup seinci
  • 4. Serai sebatang
  • 5. 1 asam keping
  • 6. 15 ke 25 biji cili api mengikut kepedasan yang diingini
  • 7. Sehelai daun kunyit
  • 8. Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Tumbuk lumat cili api, dan kunyit.
  • Masukkan bahan 1 tadi ke dalam periuk bersama- sama asam keping, garam dan serai yang telah dititik
  • Masukkan santan cair dan masak dengan api yang perlahan. Santan perlu selalu dikacau supaya tidak pecah
  • Masukkan ketam bila santan sudah mula menggelegak.
  • Bila ketam sudah masak (kulit ketam jadi kemerahan), tuangkan santan pekat.
  • Masukkan daun kunyit yang telah dikoyak- koyakkan ke dalam gulai dan kacau. Matikan api.
  • Hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN