Juadah dari buku ‘Masakan Tradisi Kedah’ yang ditulis oleh Pn Khatijah Md Yatim.. beraroma, sedap dan kena dengan tekak kami..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Lemuni

Juadah dari buku ‘Masakan Tradisi Kedah’ yang ditulis oleh Pn Khatijah Md Yatim.. beraroma, sedap dan kena dengan tekak kami..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 4 cawan beras, cuci dan toskan
  • Bahan B – tumbuk lumat:
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • Bahan C:
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Bahan D:
  • 4 cawan air – atau secukupnya (saya guna beras basmathi, jadi nisbah beras dan jumlah cecair 1:1.5)
  • 1 cawan pati santan
  • 1 sudu makan garam – atau secukupnya
  • Bahan E – kisar:
  • 1 cawan air
  • Segenggam daun lemuni
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan B, C, D dan E di dalam periuk (masukkan garam secukup rasa).
  • Masukkan beras dan kacau rata. Jerang di atas api hingga mendidih. (Saya masak dalam rice cooker.. macam masak nasi biasa.)
  • Kacau lagi dan apabila air kering, tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak. (Saya kacau apabila air hampir kering dan biarkan hingga masak.)
  • Nasi lemuni ini sesuai dihidangkan bersama sambal nyior dan sambal tumis udang.
    Untuk resipi sambal nyior/kelapa, rujuk di http://www.myresipi.com/top/detail/20347
  • Sebagai rujukan, inilah rupa daun lemuni..
    Info tambahan – daun lemuni dimakan sebagai ulam (saya tak tertelan sebab sangat pahit!) atau dimasak dengan nasi oleh wanita yang dalam pantang selepas melahirkan anak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN