PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Kura Kura
BAHAN-BAHAN
- Untuk Kulit
- 3 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 500ml air
- 10 sudu makan minyak masak
- Sedikit pewarna merah
- Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)
- Untuk Inti
- 2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.
- Ketepikan seketika sebelum digunakan.
- Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola.
- Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
- Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
- Letakkan atas daun pisang tadi.
- Masak dalam pengukus selama 10 – 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)
- Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.