Pencuci mulut yang mewarnai selera..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
::Agar agar Telur::
Pencuci mulut yang mewarnai selera..
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 7 biji telur
- 2 cawan santan pekat
- 3 sudu besar gula
- Sedikit garam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh perasa pandan
- Bahan B
- 10gm agar-agar serbuk
- 600ml air
- 10 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih.
Pukul(dengan garfu) telur bersama santan, gula, garam, perasa pandan dan esen vanila. - Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiapnya dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
- Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sediakan bekas dan dengan menggunakan sudu yang tajam tepinya(kak guna sudu plastik biasa) sendukkan nipis-nipis dan susun berselang seli warnanya. - Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Masukkan gula dan biar mendidih lagi. - Tuang agar-agar secara perlahan-lahan ke dalam bekas tadi. Tuang biar mencecah lebih sedikit sahaja.
- Mungkin ada lebihan agar-agar tersebut…buatlah agar-agar biasa…letak sirap ke atau sebagainya….
Bekukan dan siap untuk dipotong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.