Resepi mudah untuk ikan salmon. Hanya dipanggang di atas dapur. Tak perlukan ketuhar pemanggang.

Masa penyediaan:
Sos – 5 minit
Filet – 8 minit
Pelengkap hidangan – mengikut pilihan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Filet Ikan Salmon Dengan Sos Lemon Dan Mentega

Resepi mudah untuk ikan salmon. Hanya dipanggang di atas dapur. Tak perlukan ketuhar pemanggang.

Masa penyediaan:
Sos – 5 minit
Filet – 8 minit
Pelengkap hidangan – mengikut pilihan

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk sos lemon dan mentega
  • 1sudu makan mentega (butter)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 150ml susu segar
  • 1/2 biji lemon (diperah jusnya dan diketepikan)
  • Sedikit garam
  • Bahan untuk filet ikan salmon
  • 1 keping filet ikan salmon (kira-kira 200 gram), boleh juga digantikan dengan stik ikan salmon dengan berat yang sama
  • 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit mentega (butter)
  • Bahan untuk pelengkap hidangan
  • 1/2 biji tomato (dipotong 3-4)
  • Sedikit brokoli, di stim
  • Sedikit potato wedges, digoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk penyediaan sos:
  • Panaskan ‘sauce pan’/kuali
  • Cairkan mentega
  • Masukkan tepung jagung, kacau sentiasa hingga sebati
  • Masukkan susu, kacau sentiasa hingga mendidih, padamkan api
  • Tambahkan jus lemon yang diperah tadi dan garam, sedikit demi sedikit hingga cukup rasa mengikut keinginan anda. Pastikan dikacau sebati.
  • Sos seharusnya berasa sedikit masam seperti lemon. Ketepikan setelah siap.
  • Untuk penyediaan ikan salmon:
  • Cuci filet ikan salmon dengan bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur
  • Sapukan permukaan filet ikan salmon dengan sedikit lada hitam dan garam.
  • Panaskan pan, cairkan sedikit mentega.
  • Masukkan filet ikan salmon. Panggang selama antara 3-4 minit setiap permukaan bergantung kepada ketebalan filet. Jangan diterbalikkan terlampau kerap takut salmon hancur.
  • Hidangkan panas-panas bersama sos dan pelengkap hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN