rasa nyer mcm agar agar gudil, tapi ada pisang.. sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

::Puding Pisang Gula Merah::

rasa nyer mcm agar agar gudil, tapi ada pisang.. sedap!

BAHAN-BAHAN

  • Bahan 1
  • 1 bungkus serbuk agar-agar putih
  • 150 gm gula Melaka ~ diracik halus
  • 50 gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • 700 ml santan
  • secubit garam
  • Pisang tanduk ~ dikukus dan dibentukkan bunga – saya tak buat, malas!
  • Bahan 2
  • 1/2 bungkus serbuk agar-agar putih
  • 250 ml air
  • 100 gm gula Melaka ~ di racik halus
  • 50 gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan acuan puding bentuk bulat
    Boleh juga gunakan plastik keras. Buat bentuk bulat. Alas dasanya dengan kertas aluminium dan ketepikan
  • Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan dan secubit garam dari bahan 1 hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
    Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian
  • Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian ~ sejukkan
    Aturkan hirisan pisang di dinding acuan ~ ketepikan
  • Masak agar-agar, air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan, dari bahan 2 hingga mendidih.
    Angkat dan tuangkan ke dalam acuan hingga 2/3 bahagian. Sejukkan
  • Tuangkan lebihan adunan pertama keatas agar-agar.Sejukkan
    Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN