Rendang hari raya yang diajar oleh emak saya! :)
Makan dengan ketupat or jadikan lauk bersama nasi tomato.. mana2 pon sodap!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

RENDANG TOK MASAKAN EMAK

Rendang hari raya yang diajar oleh emak saya! :)
Makan dengan ketupat or jadikan lauk bersama nasi tomato.. mana2 pon sodap!!!

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging (digoreng tanpa minyak)
  • 10bji cili kering dan dikisar halus. (digoreng tanpa minyak – kalau nak pedas tmbh lagi cili.
    ..saya tak makan pedas ;) hehe)
  • 9 ulas bawang merah (dikisar)
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ke 5 potongan halia sebesar ibu jari juga dikisar (sori saya x pandai nak agak dalam inci )
  • 5 keping bunga cengkih & bunga lawang.
  • 2 batang kulit kayu manis saiz sederhana.
  • 1biji perahan santan (diperah 1 kali sahaja)
  • 5 ke 7 helai daun kunyit – dihiris nipis (kalau suka banyak boleh je tambah)
  • 3 batang serai diketuk.
CARA PENYEDIAAN
  • Daging digoreng tanpa minyak. Jangan keringkan air gorengan daging. Biar sedikit supaya daging lembut.
  • Masukkan semua bahan2 bersama garam dan juga sedikit gula secukup rasa (kecuali santan dan daun kunyit sahaja.)
  • Biarkan daging masak seketika kemudian baru masukkan santan.
  • Akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit (apabila sudah naik minyak)
  • Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN