Resepi yang simple. Buat untuk berbuka semalam.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cream Cheese Topped Cake
Resepi yang simple. Buat untuk berbuka semalam.
BAHAN-BAHAN
- 250gm butter
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 1/2 cawan gula aising
- 250gm cream cheese
- 1/2 biji jus lemon / oren
- 1 biji parutan kulit lemon / oren
- 1/2 sudu teh krim tartar
- 3 biji telur (saiz sederhana)
- 1 sudu teh perisa pandan (optional)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul butter dan gula aising hingga sebati.
- Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
- Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan butter.
- Masukkan jus dan parutan kulit lemon / oren. Pukul lagi sehingga gebu.
- Masukkan perisa pandan dan pukul lagi sehingga adunan benar-benar sebati.
- Ayak tepung bersama krim tartar. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati. (Jangan putar menggunakan mixer).
- Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris.
- Pukul cream cheese hingga gebu dan ratakan di atas adunan tadi. Bakar sehingga masak. Biarkan di dalam loyang selama 10 minit selepas dikeluarkan dari oven sebelum dipotong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.