Resipi dari sebuah kopitiam terkemuka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Kam Heong Sos Berempah Power

Resipi dari sebuah kopitiam terkemuka.

BAHAN-BAHAN

  • 3-5 ekor udang galah / besar XXL.
  • 1 inchi halia ( hiris nipis )
  • 5 – 10 biji cili padi ( potong pendek )
  • 2 sudu serbuk kari ikan.
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • minyak masak untuk menumis dan goreng
  • garam , gula, perasa ikut keperluan
  • daun sup @ daun bawang untuk hiasan jika perlu.
  • sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • udang dibersihkan dan dibelah belakang, kemudian gaulkan dengan tepung serbaguna.
  • goreng udang yang bersalut tepung tadi kemudian angkat toskan minyak.
  • panaskan minyak, tumis halia bersama cili padi yang dipotong tadi.
  • bila cili padi dah agak layu masukkan serbuk kari dan sedikit air ( jangan terlebih air dan perlahankan api elak serbuk kari menjadi hangus ).
  • bila serbuk kari dah pecah rminyak masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau hingga rata dan sebati
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula, perasa ( ikut citarasa masing – masing ).
  • kemudian masukkan udang yang digoreng tadi, gaulkan rata sehingga meyelaputi keseluruhan udang.
  • angkat letak dalam pinggan dan taburkan daun bawang @ sup tadi untuk hiasan.
  • SELAMAT MENCUBA!
    resipi orang lelaki.
    ………………………………………………
    Buah cempedak di luar pagar,………………ambil galah tolong jolokkan, saya bab memasak baru belajar,…………….kalau salah tolong ajarkan.

    Terima Kasih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN